Menu

Social

Pelaburan Emas di Malaysia

Secara amnya, pelaburan emas di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • Pelaburan Emas Fizikal: jongkong emas, syiling emas dan barangan kemas
  • Pelaburan Akaun Emas: Maybank, Public bank, CIMB bank, UOB, Citibank dan Kuwait Finance House
Emas Fizikal vs. Akaun Emas

Barang Kemas Emas

Syarikat emas yang stabil dan mempunyai reputasi yang baik merupakan faktor-faktor penting yang harus dipertimbangkan semasa membeli barangan kemas untuk memastikan produk yang dibeli bermutu dan ketulenan yang tinggi. Contoh: kedai emas Poh Kong, Tomei, Habib Jewel atau Wah Chan.

Tetapi, barangan kemas tidak digalak untuk dijadikan sebagai pelaburan emas. Kerana caj yang dikenakan untuk kerja seni dan buatannya jauh lebih tinggi daripada jongkong emas yang hanya perlukan reka bentuk yang minima untuk menjimatkan kos buatan.

Syiling Emas

Selain daripada kedai-kedai emas yang disebutkan diatas, UOB Malaysia juga menawar pelbagai pilihan seperti Canadian Gold Maple Leaf, Australian Kangaroo Gold Nugget dan Singapore Lion Gold Coin.

Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan salah satu produk syiling emas yang paling laku di negara kita. Tetapi, khabarnya bekalan yang terhad selalu menjadi masalah utamanya.

Jongkong Emas

Jongkong emas dalam bentuk samada bar atau bulion, ini adalah produk emas fizikal yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara jongkong emas yang popular di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pamp Suisse Lady Fortuna
  • Poh Kong Bunga Raya
  • Tomei KLCC
  • Public Gold
Akaun Simpanan Emas

Pelaburan emas melalui buku simpanan bank menjadi semakin popular di Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Maybank ialah bank yang pertama di Malaysia melancarkan akaun simpanan emas diikuti oleh Public Bank, KFH dan seterusnya.

Konsep pelaburan ini telah selesaikan masalah pelabur untuk mencari tempat yang selamat untuk menyimpankan emas di dalam rumah yang selalunya bimbang akan menjadi sasaran pencuri pecah rumah.

Setakat hari ini sekurang-kurangnya 6 buah bank di negara kita telah menawarkan akaun simpanan khas untuk pelaburan emas sahaja seperti berikut:

  • Maybank Gold Investment Account
  • Public Bank Gold Investment Account
  • Kuwait Finance House Gold Account-i
  • CIMB Bank Gold Deposit Account
  • UOB Gold Savings Account
  • UOB Premier Gold Account
  • Citibank Gold Account

Sila maklum bahawa setiap akaun emas diatas adalah amat berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendirinya. Maka, perbandingan yang teliti harus dilakukan sebelum mengambil tindakan seterusnya. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:

  • Ketulenan emas – pilihan utama ialah emas 999
  • Perbezaan antara harga jualan and belian – perbezaan yang lebih kecil bermakna caj yang dikenakan lebih rendah
  • Kebenaran/caj untuk mengeluarkan bar emas – ini merupakan markah tambahan untuk akaun emas yang beri kemudahan untuk menukarkan credit dalam akaun kepada emas fizikal